Cara Main Empayar Malaya

Semua yang anda perlu tahu: dari hari pertama hingga Prestij. Tak sempat baca semua? Mulakan dengan Mula Di Sini, atau taip apa yang anda cari.

πŸ”Ž

πŸš€ Mula Di Sini

Matlamat permainan

Anda bermula dengan RM1,000. Bina empayar perniagaan, kumpul skuad, sertai geng dan rebut 14 negeri sehingga Level 99, kemudian Prestij untuk menjadi lebih kuat. Wang dalam permainan hanyalah mata wang permainan.

Hari pertama: 10 langkah

  1. Buat Tugasan di tab 🏠 UtamaGuna ⚑ Tenaga β†’ dapat tunai + EXP. Ini cara utama naik level awal.
  2. Tuntut ganjaran log masuk & putar Roda Tuah percumaUtama β†’ 🎁 Harian & Tuah.
  3. Beli premis pertama di πŸͺ Empayar β†’ PremisPremis menjana tunai setiap jam walaupun anda tidak bermain.
  4. Rekrut askar di πŸ§‘β€πŸ€β€πŸ§‘ Skuad β†’ AskarLihat label ⭐ "terbaik se-RM" untuk unit paling berbaloi.
  5. Serbu geng bot di πŸ—ΊοΈ Peta β†’ Serbu & RompakGuna πŸ”₯ Stamina. Pilih sasaran 🎯 hijau (peluang menang tinggi).
  6. Kutip hasil premis selaluHasil terkumpul maksimum 24 jam, dan boleh dirompak pemain lain.
  7. Ikut panel "βœ… Apa perlu buat sekarang?" di UtamaIa sentiasa tunjuk langkah seterusnya yang paling berguna.
  8. Siapkan Bab Cerita untuk ganjaran tambahanKad bab di bahagian atas Utama.
  9. Sertai atau tubuhkan geng (Level 3+)Tab 🏴 Geng: bonus ATK/DEF, heist & perang wilayah.
  10. Simpan tunai berlebihan di bank sebelum Level 10Selepas Level 10, tunai di tangan boleh dirompak.
πŸ’‘ Bawah Level 10 anda dalam Perlindungan Pemula, tiada pemain boleh merompak anda. Gunakan masa ini untuk membina premis & skuad.

🧭 Kenal Skrin

Bahagian atas

  • Avatar & level: tekan avatar untuk buka Profil (tukar avatar, gelaran, emel, notifikasi, Prestij, kad kongsi).
  • Tunai (boleh dirompak) & 🏦 bank (selamat).
  • ⚑ Tenaga & πŸ”₯ Stamina: tekan bar untuk buka β˜• Warung Tenaga.
  • πŸš” %: kehangatan polis. Semakin tinggi, semakin mudah ditangkap.
  • Jalur peristiwa: acara sedang berlangsung (cth Jam Gila EXP x2), amaran bencana & acara perayaan.
  • ❓ panduan ringkas Β· πŸ”” pemberitahuan Β· ⏻ log keluar.

Enam tab di bawah

🏠 UtamaTugasan, cerita, ganjaran harian, Roda Tuah, misi harian & mingguan, log & papan pendahulu.
πŸͺ EmpayarPremis, bank & saham, cukai harta, Rumah Agam.
πŸ§‘β€πŸ€β€πŸ§‘ SkuadAskar, hospital, Orang Kanan, senjata & perisai, garaj kereta, pecahan kuasa.
πŸ—ΊοΈ PetaPeta Malaysia, serbu bot, rompak pemain, buruan (kontrak), lumba haram.
🏴 GengMarkas & chat, boss & heist, Perang Wilayah, cabaran & pakatan, Liga Geng.
πŸ† AcaraKejohanan, boss mingguan, pasaran gelap & kasino, lelong, pasar pemain, pencapaian.

Butang bulat πŸ’¬ di kanan bawah membuka Chat Dunia dan βœ‰οΈ Mesej Peribadi. Nombor merah pada tab = ada perkara menunggu anda.

⚑ Tenaga & Stamina

Dua "bahan api" utama

⚑ TenagaπŸ”₯ Stamina
UntukTugasan, lumba, serang boss (pilihan)Serbu, rompak, perang wilayah, heist, boss
Bertambah+1 setiap 3 minit+1 setiap 5 minit
Naik levelMaksimum bertambah & kedua-duanya diisi penuh

β˜• Warung Tenaga (tekan bar di atas): Kopi O Kaw +10 stamina, Air Tebu +50 tenaga. Dibayar tunai, harga ikut level, maks 3 kali sehari setiap minuman. Boleh melebihi maksimum sehingga 2Γ—.

πŸ’‘ Jangan biar tenaga/stamina penuh terlalu lama. Ia berhenti bertambah bila penuh (membazir).

πŸͺ Premis & Hasil

Beli & kutip

  • Beli premis kosong di πŸͺ Empayar β†’ Premis atau dari Peta. Harga β‰ˆ 8Γ— hasil sejam.
  • Had premis: 3 + 1 setiap 5 level (Lv10: 5, Lv50: 13, Lv99: 22).
  • Hasil terkumpul sehingga 24 jam. Tekan πŸ’° Kutip Semua selalu.
  • Hasil yang lama tidak dikutip (30 minit+) boleh dirompak 50% oleh pemain lain.

Naikkan hasil

  • Naik taraf premis hingga ⭐5, +25% hasil asas setiap tahap & DEF lebih tinggi.
  • Letak Orang Kanan menjaga premis, +15% hasil & tambah DEF premis itu.
  • Negeri yang dikuasai geng anda dalam Perang Wilayah, +10% hasil.
  • 🏭 Perniagaan haram di premis, barang terkumpul sendiri, jual untuk untung (naikkan kehangatan polis).
  • Rumah Agam & Prestij memberi bonus hasil kekal.

Premis boleh dijual semula (🏚️ Jual) jika anda mahu tukar ke premis lebih baik.

🏦 Bank, Saham, Cukai & Rumah Agam

Bank

Wang di bank selamat daripada rompakan. Yuran simpanan 10%, keluar percuma. Gaji Orang Kanan ditolak dari bank jika tunai habis.

πŸ’‘ Sebelum tidur / berhenti bermain, simpan tunai besar di bank.

πŸ“ˆ Saham Gelap

πŸͺ Empayar β†’ Bank & Saham. Harga bertukar setiap jam, ada berita yang boleh buat harga melonjak atau jatuh. Beli murah, jual mahal (yuran 1%).

🧾 Cukai Harta

Sekali sehari, atas tunai + bank yang melebihi pengecualian (RM1 juta + RM50,000 Γ— level). Kadar 0.5%/hari, lebih tinggi untuk yang sangat kaya. Pemain biasa tidak terkesan. Rumah Agam mengurangkan cukai sehingga 40%.

🏰 Rumah Agam

πŸͺ Empayar β†’ Rumah Agam. 8 tahap dari Rumah Teres (RM50k) hingga Istana Empayar (RM40 juta). Setiap tahap: hasil premis +2% hingga +16% dan cukai harta βˆ’5% setiap tahap. Kekal selamanya.

🧍 Skuad & Kuasa

βš” ATK & πŸ›‘ DEF

ATK = kuasa menyerang. DEF markas = kuasa bertahan bila dirompak. Lihat πŸ“Š Pecahan Kuasa di Skuad untuk tahu dari mana kuasa anda datang: askar, senjata/perisai Bos, Orang Kanan, geng (+3% setiap level geng) & Prestij.

🧍 Askar

Rekrut di Skuad β†’ Askar. Unit baharu terbuka ikut level. Setiap kad menunjukkan ATK/DEF setiap RM1,000 dan tanda ⭐ terbaik se-RM. Peratus askar yang tumpas adalah sama untuk semua jenis, tetapi askar tier tinggi lebih banyak cedera berbanding mati (🩹 pada kad), kerugian sebenar anda lebih kecil. Askar tier tinggi juga memberi lebih ATK setiap RM.

πŸŽ–οΈ Orang Kanan

  • Upah di Skuad β†’ Orang Kanan. Mereka dibayar gaji sejam.
  • Jaga premis β†’ +15% hasil & DEF premis. Di markas β†’ tambah ATK serangan & DEF markas.
  • Hantar misi 🧭 dari markas untuk tunai + EXP; naik level hingga 50.
⚠️ Jika gaji tidak dibayar, Orang Kanan mogok. Semua bonus mereka terhenti sehingga tunggakan dilangsaikan.

πŸ—‘οΈ Senjata & perisai

Skuad β†’ Senjata. Pilih untuk Bos atau Orang Kanan. Kotak atas menunjukkan barang yang sedang dipakai; setiap barang ditanda β–² naik taraf (hijau) atau β–Ό turun taraf (merah). Barang lama dijual semula 50% secara automatik.

πŸš— Kereta & garaj

Skuad β†’ Garaj. Kereta menambah hasil tugasan & peluang melarikan diri daripada polis, dan digunakan dalam lumba haram. Tune kereta untuk lebih laju.

βš”οΈ Bertempur

Jenis serangan

SeranganApa yang anda dapat
πŸ€– Serbu geng botTunai + EXP. Latihan terbaik, selamat untuk semua level.
🏴 Rampas premis bot (Peta)Premis itu menjadi milik anda.
πŸ’° Rompak markas pemain (Lv10+)10% tunai di tangan mereka. Sasaran lebih 10 level di bawah anda: rampasan berkurang 5% setiap level (minimum 10%). Buli tak berbaloi!
🏒 Rompak hasil premis pemain50% hasil belum dikutip di premis itu (tekan nama pemain).
🎯 Buruan / kontrakRompak pemain yang ada ganjaran di kepala untuk tuntut ganjaran.

🎯 Peluang menang

Setiap sasaran menunjukkan % peluang menang berdasarkan ATK anda (nasib Β±10%) berbanding DEF anggaran musuh. 🟒 80%+ selamat Β· 🟑 40 hingga 79% berisiko Β· πŸ”΄ bawah 40% elakkan. DEF pemain ialah anggaran (Orang Kanan mereka tidak dikira).

Selepas bertempur

  • Askar tumpas: lebih kuat anda berbanding musuh, lebih sedikit yang tumpas.
  • Kalah boleh menyebabkan Bos cedera, rawat di hospital (Utama).
  • Pemain yang kalah bertahan dapat perisai 8 jam. Menyerang pemain lain membatalkan perisai anda sendiri.
  • Dirompak? Tekan βš”οΈ Balas Dendam dalam pemberitahuan.

πŸ₯ Hospital Askar

  • Sebahagian askar yang tumpas cedera (masuk hospital), selebihnya terkorban. Askar elit lebih tahan: Budak Mentah 30% cedera, meningkat ikut tier hingga Pasukan Bayangan 80% (lihat 🩹 pada kad askar).
  • πŸ’Š Rawat: bayar 25% harga askar, tunggu sembuh (15 minit + 20 saat setiap askar, maks 6 jam), kemudian mereka kembali ke skuad.
  • ⚑ Segera: 3Γ— kos, terus kembali.
  • Boleh rawat kumpulan baharu walaupun kumpulan lain masih dirawat.
⚠️ Askar cedera yang tidak dirawat dalam 48 jam meninggalkan pasukan.

πŸš” Polis & Penjara

  • Setiap tindakan jenayah menaikkan kehangatan (πŸš” %): rompak paling tinggi, tugasan paling rendah. Kehangatan turun sendiri ~20 sejam.
  • Kehangatan 50%+ = peluang ditangkap. Dalam penjara anda tidak boleh bertempur (10 hingga 35 minit).
  • Keluar awal: bayar peguam, atau rakan geng bayar jamin / pecah penjara.
  • Bawah Level 3 polis belum kenal anda.
πŸ’‘ Kehangatan tinggi? Buat tugasan atau tunggu sebentar sebelum merompak lagi.

🏴 Geng

Asas geng

  • Tubuhkan geng (Level 3, RM5,000) atau sertai geng terbuka.
  • Tabung geng diisi melalui derma ahli; naik taraf geng = +3% ATK & DEF setiap level untuk semua ahli.
  • Peranan: Ketua, Timbalan, Ahli. Ahli geng sama tidak boleh saling menyerang.

πŸ’Ό Heist & 🐲 Boss Geng

Heist: rancang rompakan besar, perlu 3 hingga 5 kru (setiap kru 2 stamina), ganjaran dibahagi. Boss Geng: dipanggil dengan tabung, tumbangkan dalam 24 jam bersama ahli untuk ganjaran.

βš”οΈ Perang Wilayah

Setiap minggu (Isnin hingga Ahad), serang negeri untuk kumpul pengaruh untuk geng. Geng dengan pengaruh tertinggi menguasai negeri itu minggu depan: +10% hasil premis ahli di negeri itu & tabung +RM5,000.

🀝 Cabaran, Pakatan & Liga

  • Cabaran Geng lwn Geng: Ketua/Timbalan bertaruh RM10k hingga RM1 juta dari tabung, 24 jam. Mata dari heist, kontrak, perang, lumba, serbuan & tugasan ahli. Pemenang ambil kolam (tolak 10%).
  • Pakatan: maks 1 sekutu. Tidak boleh saling menyerang; sekutu menyumbang 25% pengaruh dalam Perang Wilayah.
  • πŸ† Liga Geng Mingguan: 3 geng teratas (heist, boss & pengaruh) dapat hadiah tabung setiap Isnin.

🎁 Ganjaran Harian & Mingguan

  • πŸ“… Kalendar 7 hari: log masuk setiap hari: Kotak Biasa (hari 3), Kotak Emas (hari 5), πŸ’Ž Kotak Legenda (hari 7). Terlepas sehari = kembali ke Hari 1.
  • 🎑 Roda Tuah: putaran percuma setiap hari.
  • 🎯 Misi Harian: siapkan semua untuk peti bonus + tenaga penuh.
  • πŸ“… Misi Mingguan: 3 sasaran besar setiap Isnin + Kotak Legenda.
  • 🎁 Kotak Misteri: buka di Harian & Tuah: tunai, askar, kereta terhad & lagi.
πŸ’‘ Hidupkan notifikasi telefon supaya diingatkan bila streak hampir terputus.

πŸ† Acara & Pasaran

Pertandingan

  • Kejohanan PvP Mingguan: mata dari rompakan, lumba & pertahanan. Hadiah & gelaran.
  • Musim bulanan: mata dari semua aktiviti. Bingkai avatar eksklusif.
  • πŸ‰ Boss Mingguan: semua pemain serang boss yang sama; ganjaran ikut damage.
  • πŸ… Pencapaian: tuntut tunai & buka gelaran.

Pasaran

  • πŸ•ΆοΈ Pasaran Gelap: tawaran rawak bertukar setiap 6 jam (tenaga, stamina, perisai, senjata eksklusif). Ada juga 🎰 kasino.
  • πŸ”¨ Lelong Mingguan: 3 barang eksklusif, tamat Ahad 9 malam. Wang bida ditahan & dipulangkan jika dikalahkan.
  • πŸ›οΈ Pasar Pemain (Lv5+): jual beli Kotak Misteri & kereta sesama pemain (komisen 10%).
  • 🏁 Lumba Haram (Peta β†’ Lumba): cabar NPC atau pemain dengan taruhan.

πŸŒͺ️ Peristiwa, Bencana & Perayaan

  • Peristiwa bergilir sepanjang hari: Jam Gila (EXP x2), Rezeki Melimpah (tunai tugasan x2), Pesta Kutipan, Boss Mengamuk, Pasar Murah, Malam Gelap.
  • Bencana dengan amaran 30 minit (jalur merah): 🌊 Banjir β†’ kutip hasil; πŸš“ Op Polis β†’ simpan tunai di bank; πŸ”₯ Kebakaran β†’ jual barang haram.
  • Acara bermusim (Raya, Merdeka, Deepavali, CNY, Krismas, Tahun Baru): EXP & hasil +25% + hadiah & gelaran terhad.

⭐ Prestij (Level 99)

Capai Level 99 β†’ Profil β†’ ⭐ Prestij. Anda kembali ke Level 10 dengan semua harta kekal, dan mendapat bonus kekal setiap kali: hasil premis +5% & ATK/DEF +3%, 3 Kotak Legenda serta gelaran legenda (maks 10 kali).

πŸ’¬ Sosial & Notifikasi

  • Chat Dunia (butang πŸ’¬) & chat geng (tab Geng).
  • Tekan nama pemain untuk lihat profil awam & βœ‰οΈ hantar mesej peribadi. Boleh sekat pemain.
  • 🀝 Jemput rakan (Profil): rakan capai Level 5 β†’ anda RM10,000, rakan RM5,000.
  • πŸ“€ Kad kongsi (Profil): gambar empayar anda untuk WhatsApp/media sosial.
  • πŸ“± Notifikasi telefon (Profil β†’ Pemberitahuan): amaran bila diserang, bencana, mesej. Di iPhone: Kongsi β†’ Add to Home Screen dahulu, buka dari ikon itu.

🧠 Strategi Ikut Level

Level 1 hingga 9: Bina asas (dilindungi)

  • Tugasan + serbu bot untuk naik level cepat.
  • Beli premis setiap kali mampu; naik taraf yang murah dahulu.
  • Sertai geng aktif seawal Level 3.
  • Simpan wang di bank sebelum Level 10.

Level 10 hingga 29: Bertahan & berkembang

  • Kuatkan DEF markas (askar DEF tinggi, perisai Bos, Orang Kanan di markas).
  • Kutip hasil kerap, jangan biar melebihi beberapa jam.
  • Rompak sasaran 🟒 sahaja; rawat askar cedera segera.
  • Sertai heist & perang wilayah bersama geng.

Level 30 hingga 98: Kuasai

  • Naik taraf semua premis ke ⭐5 & letak Orang Kanan menjaga yang paling bernilai.
  • Beli Rumah Agam untuk hasil lebih & cukai kurang.
  • Pimpin geng: cabaran geng, pakatan, Liga Geng.
  • Rebut Lelong & Pasar Pemain untuk Kotak Legenda.

Level 99: Prestij

  • Prestij untuk bonus kekal, kemudian daki semula dengan lebih pantas.

❓ Soalan Lazim

Kenapa saya selalu kalah?

Semak 🎯 peluang menang sebelum menyerang, dan lihat πŸ“Š Pecahan Kuasa. Biasanya senjata Bos, Orang Kanan atau geng masih kosong.

Duit saya hilang!

Semak πŸ“œ Log (Utama β†’ Log & Ranking): mungkin dirompak, gaji Orang Kanan, cukai harta atau Op Polis. Simpan tunai di bank.

Tenaga/stamina habis, nak buat apa?

Kutip hasil, urus premis, rawat askar, ikut lelong, chat geng, atau isi di β˜• Warung Tenaga.

Askar saya berkurang sendiri?

Askar tumpas dalam pertempuran (termasuk bila dirompak). Yang cedera ada di Skuad β†’ Askar β†’ πŸ₯ Hospital, rawat dalam 48 jam.

Saya dalam penjara, macam mana keluar?

Tunggu tamat tempoh, bayar peguam, atau minta rakan geng bayar jamin / pecah penjara.

Adakah wang dalam permainan wang sebenar?

Tidak. Semua wang ialah mata wang permainan sahaja, tiada pembayaran & tidak boleh dikeluarkan.

↑